Kadar Sewaan

Sila pilih tarikh tempahan

Calendar is loading...
- Available
29
- Booked

Make deposit here

Hari Biasa

  • Isnin - Khamis
  • 1 malam

Sebahagian (Tingkat 1 sahaja)

RM1,200

RM1,000

  • Maksima: 14 orang
Tempah Sekarang

Keseluruhan (Tingkat 1 & 2)

RM1,800

RM1,600

  • Maksima: 35 orang
Tempah Sekarang

Hujung Minggu

  • Jumaat - Ahad
  • 1 malam

Sebahagian (Tingkat 1 sahaja)

RMn/a

  • Maksima: 14 orang

Keseluruhan (Tingkat 1 & 2)

RM2,500

RM2,300

  • Maksima: 35 orang
Tempah Sekarang

Cuti Sekolah

  • Isnin - Khamis
  • 1 malam

Partial (1st Floor Only)

RMn/a

  • Maksima: 14 orang

Keseluruhan (Tingkat 1 & 2)

RM2,300

RM2,100

  • Maksima: 35 orang
Tempah Sekarang

Hujung Minggu

  • Isnin - Khamis
  • 1 malam

Sebahagian (Tingkat 1 sahaja)

RMn/a

  • Maksima: 14 orang

Keseluruhan (Tingkat 1 & 2)

RM2,500

RM2,300

  • Maksima: 35 orang
Tempah Sekarang

Waktu daftar masuk: 3.00 petang
Waktu daftar keluar: 12.00 tengahari

** Untuk tempahan 2 hari dan ke atas, diskaun diberi sebanyak Rm100.00/hari

TERMA DAN SYARAT

Berikut adalah terma dan syarat penginapan di The Skillion:

KADAR HARGA DAN DEPOSIT

  • Kadar yang dikenakan adalah berdasarkan tempoh masa sebenar penginapan. Kadar tersebut boleh berubah disebabkan perubahan masa daftar masuk dan daftar keluar.
  • Kesemua kadar harga yang dinyatakan adalah dalam Ringgit Malaysia.
  • Kadar harga adalah termasuk apa-apa cukai yang dikenakan oleh Kerajaan.
  • Wang pendahuluan sebanyak separuh dari jumlah keseluruhan penginapan hendaklah dibayar semasa tempahan. Baki pembayaran hendaklah dijelaskan semasa proses daftar masuk.
  • Sebanyak Rm 500.00 wang jaminan dalam bentuk tunai hendaklah dikeluarkan semasa proses daftar masuk. Penolakan terhadap wang tersebut akan dilakukan sekiranya terdapat kerosakan/kehilangan kepada perkakasan/perabot/peralatan di banglo berdasarkan kadar yang akan dimaklumkan. Wang jaminan akan dipulangkan 100% semasa daftar keluar sekiranya banglo diserahkan dalam keadaan baik.
  • Sekiranya tempahan diterima berdasarkan kadar yang tidak tepat yang dinyatakan dilaman sesawang, pihak pengurusan The skillion berhak untuk membetulkan kadar tersebut atau membatalkan tempahan dengan terlebih dahulu memaklumkannya kepada penginap/tetamu.

WAKTU DAFTAR MASUK DAN DAFTAR KELUAR  

  • Waktu daftar masuk ialah dari jam 3:00 petang dan waktu daftar keluar ialah sehingga 12.00 tengahari.
  • Pengenalan diri seperti kad pengenalan dan passort adalah diperlukan semasa proses daftar masuk bagi tujuan rekod.

KETIBAAN AWAL DAN KEBERANGKATAN LEWAT

  • Sekiranya anda tiba di The Skillion lebih awal daripada waktu kebiasaan daftar masuk, anda adalah dinasihatkan menghubungi kakitangan terlibat untuk menyemak samada daftar masuk awal dibenarkan pada waktu tersebut.
  • Keberangkatan lewat dari yang dibenarkan adalah bergantung kepada kesediaan bilik.
  • Sila semak dengan kakitangan The Skillion sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ketibaan untuk memaklumkan kemungkinan keberangkatan lewat. Pengenaan kadar sebanyak separuh daripada kadar bilik akan dikenakan sekiranya keberangkatan lewat diantara jam 12.00 tengahari sehingga 6.00 petang. Untuk keberangkatan lewat melebihi jam 6.00 petang akan dikenakan kadar bilik sepenuhnya bagi hari tersebut.

POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN

  • Pembatalan dan atau perubahan terhadap tempahan yang telah diterima hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh daftar masuk. Pembatalan tempahan  dan atau perubahan tempahan akan dikenakan 5% denda berdasarkan kadar harga keseluruhan tempahan.
  • Pembatalan atau perubahan yang dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh daftar masuk akan dikenakan bayaran pembatalan pada kadar satu malam (termasuk apa-apa kadar yang dikenakan oleh Kerajaan)
  • Sekiranya anda tidak muncul semasa tarikh sepatutnya daftar masuk. Pihak pengurusan tidak akan memulangkan semula bayaran tempahan yang telah dibayar sebelum ini.

LAIN-LAIN

  • Penginapan ini khas untuk tetamu beragama Islam sahaja.
  • Sebarang jenis haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan banglo.
  • Tidak dibenarkan bising yang keterlaluan terutamanya pada waktu malam kerana dibimbangi akan menganggu jiran.
  • Setiap kehilangan/kerosakan atas apa-apa peralatan/perabot/perkakaan di banglo akan dikenakan kadar ganti rugi yang bersesuaian.
  • Sila maklumkan kepada pihak pengurusan The Skillion sekiranya anda ingin mengadakan keraian/majlis di perkarangan banglo. Anda adalah dinasihatkan untuk memastikan kawasan bersih dari kain rentang, pelekat atau barang hiasan selepas keraian/majlis tersebut. Kadar akan dikenakan bagi tujuan pembersihan sekiranya sampah tersebut tidak di bersihkan.
  • Penggunaan banglo ini termasuk kemudahan kolam renang adalah termasuk di bawah tanggungjawap sendiri dan pihak pengurusan The Skillion tidak akan bertanggungjawab.
  • Kesemua barang-barang berharga termasuk wang dan kenderaan kepunyaan anda hendaklah di simpan dengan baik dan pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan/kerosakan barang/ wang tersebut.

Buat Tempahan Hari Ini

skillion-logo

Banglo percutian khas untuk Muslim, terletak di kawasan kampung yang mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk kota. Rasai keselesaan dan ketenangan yang anda tidak akan lupakan.

Hubungi Kami

1484, Jalan Umbai, 77300 Melaka

En. Shahril : +6016 217 5689
Pn. Anis: +6016 330 3014

Email: theskillion@yahoo.com

Follow Us