Tempat Menarik
Melaka merupakan negeri yang terkenal dengan latarbelakang sejarah disamping mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang boleh dilawati ketika berkunjung di Melaka:

RESTORAN IKAN BAKAR PARAMESWARA
Merupakan restoran ikan bakar yang terkenal di Melaka. Restoran ini menghidangkan pelbagai makanan laut segar dengan harga yang berpatutan.
Jarak: 1Km/ 3 minit pemanduan

PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG
Perkampungan Ikan Bakar Terapung merupakan kompleks yang dibina di persisiran pantai dan kelihatan seolah-olah terapung apabila air laut pasang. Terdapat restoran yang menyajikan pelbagai juadah yang lazat dengan harga yang berpatutan.
Terdapat juga beberapa restoran ikan bakar berdekatan seperti:
- Ikan Bakar Anjung Batu Enck Yuso: 1Km/ 3 minit pemanduan
- Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai: 1.8Km/ 5 minit pemanduan
- Ikan Bakar Alai Cyrstal Bay: 5 Km/ 10 minit pemanduan
- Grill fish Restaurant: 1.8Km/ 5 minit pemanduan
- D’Anjung Ikan Bakar: 500 meter/ 2 minit pemanduan
- Ikan Bakar Muara Sungai Duyung: 7.4 Km/ 15 minit pemanduan
Jarak: 1 Km/ 3 minit pemanduan

PULAU BESAR
Terletak 15Km di selatan timur bandar Melaka dan ianya boleh dikunjungi dengan menaiki bot. Terkenal dengan makam/ kubur islam yang terdapat di serata pulau. Makam Syarifah Rodziah/Siti Sarah terletak berdekatan dengan kubur-kubur lain. Makam ini menjadi tarikan kepada ramai pengunjung terutamanya dari keturunan India Muslim di Malaysia dan Singapura. Bot yang membawa pengunjung ke sini beroperasi dari jeti Anjung Batu dan terletak lebih kurang 2 Km dari pekan Umbai. Terdapat kemudahan tempat letak kereta di terminal feri dengan kadar Rm3.00 untuk setiap kemasukan.
Jarak ke Jeti Anjung Batu: 1Km/ 3 minit pemanduan

PASAR MINI ESAH HANIFF
Bahan-bahan untuk memasak dan keperluan harian ada dijual di Pasar Mini Esah dengan harga yang berpatutan.
Jarak: 1 Km/ 3 minit pemanduan

PANTAI SIRING JETTY
Jeti Pantai Siring adalah tempat yang sesuai untuk kaki pancing. Terdapat kelong dimana kaki pancing boleh memancing 24 jam sehari dan berpeluang bermalam di kelong tersebut. Di sini juga terdapat pasar yang menjual ikan dan hasil laut segar.
Jarak: 2Km/ 5 minit pemanduan

PASAR Pengkalan Sempang, Merlimau
Pasar Pengkalan Sempang terletak di Kampung Pengkalan Sempang dan berada berdekatan perkampungan nelayan. Ikan dan hasil laut segar boleh diperolehi disini. Bagi peminat makanan laut segar, anda dicadangkan untuk membeli hasil laut disini yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Jarak: 8Km/13 minit pemanduan

DATARAN PAHLAWAN
Dataran Pahlawan ialah kompleks membeli belah moden yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka bersejarah. Dikelilingi oleh pelbagai tempat bersejarah seperti A’Famosa dan Bukit St. Paul’s, kompleks membeli belah sembilan tingkat ini terdapat pelbagai kedai makanan, hiburan dan kedai jenama antarabangsa yang memenuhi kehendak pelbagai peringkat umur.
Jarak: 13Km/25 minit pemanduan

MENARA TAMING SARI
Menara Taming Sari adalah menara simbolik di Melaka. Mempunyai ketinggian 80 meter, dengan menaiki menara tersebut, pelancong dapat melihat pemandangan panorama keseluruhan bandar Melaka.
Jarak: 10Km/ 20 minit pemanduan

JONKER STREET
Jonker street adalah jalan di kawasan Chinatown dan pada masa dahulu merupakan kedai barangan antik. Dengan beralihnya waktu, ia berubah kepada kedai pakaian dan kraftangan dan juga restoran. Tarikan menarik di sini adalah pasar malam yang diadakan pada hujung minggu. Terdapat pelbagai jualan makanan kudapan dan cenderahati yang boleh diperolehi di sini.
Jarak: 15 Km/ 20 minit pemanduan

A FARMOSA / PORTA DE SANTIAGO
A’Famosa dahulunya merupakan kubu portugis di Melaka. Ia merupakan diantara bangunan tertua rekabentuk eropah yang masih wujud di selatan barat asia. Porta de Santiago, pagar rumah kecil adalah merupakan sebahagian daripada kubu yang masih kekal sehingga kini.
Jarak: 12 Km/ 25 minit pemanduan

STADTHUYS
Bangunan Stadthuys adalah bangunan bersejarah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Ianya juga dikenali sebagai bangunan merah. Stadhuys dikenali dengan cat luaran yang berwarna merah dan terdapat menara jam yang turut di cat dengan warna merah. Dibina oleh orang Belanda pada tahun 1650 sebagai pejabat gabenor dan timbalan gabenor.
Jarak: 12 km / 25 minit pemanduan

KAMPUNG PORTUGIS
Di bandar Melaka, terdapat sebuah penempatan kecil di mana waris keturunan portugis tinggal dan meneruskan kehidupannya di Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan laut dimana anda akan dapat melihat laut selat Melaka dari jarak yang dekat. Semasa sambutan hari Krismas, penduduk di kampung ini akan menghias kediaman mereka dengan pelbagai hiasan yang menarik yang boleh disaksikan oleh pengunjung.
Jarak:11 Km / 22 minit pemanduan

SUNGAI MELAKA
Merupakan tempat tarikan pelancong yang menarik dimana bot-bot pelancong akan membawa pelancong menyusuri sungai Melaka selama 45 minit. Pelancong akan dapat menikmati pemandangan kedai, rumah antik dan jambatan antik. Bangunan dan struktur di sepanjang sungai juga dihiasi dengan lukisan-lukisan seni dan lampu-lampu yang menarik.
Jarak: 15 Km/ 25 minit pemanduan

MUSEUM MARITIM
Dibina pada tahun 1990, merupakan kapal tinggalan portugis yang tengelam di Selat Melaka. Dengan melawat museum ini, pelancong dapat menyelami sejarah Melaka melalui peta-peta dan barang-barang tinggalan sejarah.
Jarak: 14.5 Km/ 27 minit pemanduan

MAHKOTA PARADE
Dibuka pada tahun 1994, kompleks membeli belah 4 tingkat ini telah diubahsuai menjadi lebih moden. Terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan berdekatan dengan tempat tarikan pelancong seperti A’Famosa, Bukit St. Paul’s dan terletak bertentangan dengan persaing terdekatnya iaitu kompleks membeli belah Dataran Pahlawan.
Jarak: 15 Km/ 30 minit pemanduan

HATTEN SQUARE
Satu lagi kompleks membeli belah yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka ialah Hatten Square, iaitu terdiri daripada kompleks membeli belah 4 tingkat yang terletak di sepanjang Jalan Merdeka. Kompleks membeli belah ini terdapat pelbagai kedai jenama antarabangsa termasuk H&M dan Braun Buffel. Juga terdapat kedai-kedai lain seperti butik pakaian dan salon.
Jarak: 13 Km/ 25 minit pemanduan

ZOO MELAKA
Zoo Melaka, bukan sahaja tempat untuk mengenali dan melihat kepelbagaian spesis haiwan tetapi terdapat pelbagai program yang diadakan oleh pihak Zoo yang sesuai untuk pelajar dari peringkat pra sekolah sehingga lah ke peringkat mahasiswa dan badan korporat.
Distance: 22 Km/ 32 minutes’ drive

A’ FARMOSA RESORT
A’Famosa Resort adalah resort yang dinamakan sempena bangunan yang telah dibina oleh orang Portugis pada kurun ke 16. Resort ini mengandungi padang golf, taman tema air yang lebih dikenali sebagai Water World, Bandar koboi yang turut dikenali sebagai Old Westdan Taman haiwan yang dikenali sebagai Animal Safari World.
Jarak: 50 Km / 1 jam pemanduan
Buat Tempahan Hari Ini
Banglo percutian khas untuk Muslim, terletak di kawasan kampung yang mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk kota. Rasai keselesaan dan ketenangan yang anda tidak akan lupakan.
Hubungi Kami
1484, Jalan Umbai, 77300 Melaka
En. Shahril : +6016 217 5689
Pn. Anis: +6016 330 3014
Email: theskillion@yahoo.com